haiyyo...lamanya xupdate blog...
Kek red velvet
Bahan-bahan ( 9 inci / 23 cm )
• 2 1/2 cwn (250gm) tepung gandum
• 1 SK garam
• 2 SB sebuk koko
• 1/2 cwn mentega
• 1 1/2 cwn gula
• 2 biji telur
• 1 SK esen vanila
• 1 cwn susu segar (dicampur dgn perahan 1 SB lemon dan dibiarkan 5 minit)
• 2 SB pewarna merah (resepi asal) tapi saya cuma letak 1 SB pewarna je..
• 1 SK baking powder, 1 SK cuka
• BAHAN TOPPING
• 250gm cream cheese (yg original pakai mascarpone cheese, kalo takde buleh pakai cream cheese biasa), ½ cawan gula icing, 30 gm mentega, 1 SB perahan lemon, 1 SB esen vanila dan 1 SB susu segar.
Cara-cara
1. Ayak tepung, garam dan sebuk koko . ketepikan.
2. Pukul mentega hingga lembut (1- 2 min). Tambah gula dan pukul hingga ringan (2-3 min).
3. Masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanila. Pukul semula hingga sebati.
4. Masukkan susu, pukul dengan kelajuan sederhana dan masukkan bahan tepung, garam dan sebuk koko yg telah diayak.
5. Masukkan pewarna merah.
6. Dalam mangkuk kecil, campurkan bhn cuka dan baking powder(biarkan berbuih dan tuang ke dalam adunan kek . kacau sebati menggunakan senduk.
7. Bakar 170 C selama 25-30 (bergantung pada oven masing-masing.
8. sejukkan dan hias dengan cheese cream topping.
CARA CREAM CHEESE TOPPING
9. pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu. campurkan perahan lemon dan esen vanila.
10. sapukan pada keseluruhan kek dan boleh hiaskan dengan serbuk koko dan badam hancur atau mengikut selera masing2.
3 comments:
fantastik....aku baru duk cari resipi nie..makaseh lah bagi no...
hehe..sesama mun
thanks for the resipi :) nk cuba jgk la nnt :D
Post a Comment