Korang memang the BEST

Saturday, July 30, 2011

Daging Masak Merah Ala Thai




Entry pendek.. nak share resepi DAGING MASAK MERAH ALA THAI... aina amek resepi dari internet.. tak pasti sumber ni dari siapa..dah lama simpan resepi ni... Tuan resepi, aina share sini yer,...

Bahan A (utk direbus):
500g daging
2 biji tomato - dibelah-belah
6 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Sedikit garam
beberapa titis pewarna merah ( optional)

Bahan B:
2 ulas bawang putih - dimayang halus
1 labu bawang besar - dihiris halus
4 sudu makan sos tiram
5 helai daun limau purut - dicarik-carik
1/2 cwn sos nampla/ sos ikan siam..( aina tak letak pon sbb takda)


Cara-cara:
  1. Rebus bahan A sampai daging empuk...Kemudian potong daging nipis2.. sos lebihan rebusan simpan untuk diguna balik.
  2. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging tadi dan kacau sebentar..
  3. Masukkan sos ikan, sos tiram & daun limau purut.. Kacau rata...
  4. Kemudian masukkan daging dan sos tomato dari lebihan rebusan tadi... Kacau sehingga daging masak...

Mesti cuba... Pasti sedap.....


Daaaaa......

Sunday, July 17, 2011

Ayam Goreng Kunyit Bertomyam



Lepas lama menyepi nak share resepi,
kali ni aina merekacipta satu resepi baru..tak tau la kot-kot orang lain pernah wat resepi aina ni..
baru je try masak untuk makan malam ni...

Ayam Goreng Kunyit Bertomyam...
Pernah dengar tak???

Kalau nak tau sedap or tak, kena cuba sendiri..pada tekak aina and adik aina, resepi ni sedap la...
tekak orang lain tak tau la kan... lain orang, lain cita rasa...kan..kan...

Resepi ni lebih kurang ayam goreng kunyit yang biasa...cuma aina upgrade ikut cita rasa aina... hehehe....

Jom semak resepi...

Bahan-bahan:
  1. 4-5 ketul isi ayam..( dihiris nipis )
  2. 2 ulas bawang putih *
  3. 1 ulas bawang merah *
  4. 1/2 inci halia *
  5. 1 labu bawang besar ( dihiris)
  6. 2 biji cili padi
  7. 2 -3 SB thai tomyam paste...( paket jenama adabi)
  8. 2 -3 SB susu sejat..( boleh ganti dgn susu cair)
  9. 1/2 SK gula
  10. 4 helai daun limau purut dihiris...(optional)
  11. garam.. (agak-agak sukatannya)
  12. sedikit serbuk kunyit
  13. minyak

Bahan yang bertanda * ditumbuk

Cara-cara:
  • Ayam digaul bersama garam,kunyit dan paste tomyam...biarkan seketika lebih kurang 10 minit..
  • Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau..
  • Kemudian masukkan ayam...Goreng ayam sehingga masak kekuningan...
  • Masukkan susu sejat, cili dan gula...Kacau sebati...Masukkan bawang besar & daun limau purut..
  • Kacau sehingga sedikit kering....
  • Sedia diangkat...




p/s: garam tak perlu letak banyak sebab paste tomyam dah ada rasa masin..

Next entri nak share ayam goreng tomyam...SEDAP...Resepi dah ada...tapi gambar takda nak sertakan sekali...so, tunggu aina masak and snap gambar, baru boleh post entri...

SELAMAT MENCUBA...



DAaaaaaaa