Pages

Wednesday, June 29, 2011

Oreo Cake


Lama kan blog ni sunyi..hehehe
sebenarnya, banyak yang aina nak update..cuma cari mood...
tak best plak nak menulis bila ada rasa MALAS kan..hehehe..
Macam-macam aina masak sebenarnya..aina wat Custard teacake, lunch aina masak ikan jenahak asam jawa daun kari..semua resepi tu aina amek dari chef-chef yang hebat..

Entry kali ni aina nak update pasal Kek oreo yang aina dah wat...Resepi amek dr CMG.. Ramai dah yang wat kek ni.. Actually, dah jadi peksam dah pun entry ni...lama dah tulis tp asyik draft je...sekarang ni ada mood nak update...

Jom kita tgk resepi..

Bahan-Bahan:

250 g mentega
135 g gula halus
5 biji telur gred A, asingkan kuning dan putih.
135 g tepung halus (mat guna tepung gandum)*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
10 keping biskut "Oreo" dikisar halus..(aina kisar sekali ngn krim dia)

Cara membuatnya:

1. Putar mentega bersama 1/2 bahagian gula halus hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, gaul rata.

2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.

3. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula halus dan putar hingga kental, tetapi tidak keras.

4. Masukkan putih telur dalam adunan mentega dan gaul menggunakan kaedah kaup balik, sehingga rata. Bagi 2 adunan tadi. satu bahagian campur dengan oreo kisar dan satu lagi pada adunan asal.

5. Tuang berselang seli dalam acuan (8 x 9 x 3 ) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 35 - 45 minit. Bergantung pada oven masing2..




Pssstttt...nak tau tak, aina buat kek oreo ni, pukul guna tangan je.. pukul butter guna tangan sampai kembang..pukul telur sampai kembang..hahaha...ni suma sebab time syiok nak wat kek ni mixer rosak..Semangat gak nak wat kek ni, tu yang pukul guna tangan gak..Aina mintak adik laki tolong sama..hehehe...naik krem tangan.. tp syukur, kembang..hehehehe... Sedap...


Kek ni jugak aina aina wat sempena hari bapa..hehee...Walaupun dah lama hari bapa, aina still nak wish SELAMAT HARI BAPA kt abah aina..


Daaaaaaa....

1 comment: